Posts

Showing posts from March, 2023

CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie✔️

Image
   Chef Obie nak kongsikan sesuatu bermanfaat ulangan telah kongsikan dlm blog. CARA BUAT CANDY KELAPA CHEF OBIE 3 hari 300 000 capaian di fb page Bazaar Chef Obie Bahan-bahan 2 biji kelapa parut kelapa muda lagi baik 2 tin susu pekat ( tak kisah jenama apa pun ) 380gm gula pasir 3 sudu besar margarine atau mentega ( orang dulu tak guna mentega ) pewarna makanan pilihan korang sendiri 3 helai daun pandan dicarik dan dsimpul Peralatan kuali atau Periuk , juga loyang Cara Penyediaan : 1-Sangai sebentar kelapa dalam kuali kiranya menggoreng tanpa minyak ( hingga hampir kering, jangan sampai kering karang jadi kerisik pulak ) 2- kemudian,Pindahkan kedalam periuk yang lebih besar dan tebal 3-Campur semua bahan yang lain dan masak perlu kacau sentiasa atas api yang perlahan (pastikan jangan sampai ada yang hangit ) 4-Apabila gula telah cair dan menggelegak ( korang perlu berhati-hati part ni,sebab air gula yang panas ini percik tau..) 5-Kacau adunan sehingga adunan tidak melekat pada periu

Buffet Ramadhan Halal 2023 Kuala Lumpur Melia Hotel - The Kitchen@melia jln imbi bukit bintang KL- Chef Obie

Image
  Buffet Ramadhan Halal 2023 Kuala Lumpur Melia Hotel - The Kitchen@melia jln imbi bukit bintang KL- Chef Obie Assalammualaikum Salam Ramadhan musliin muslimat . Dalam bersederhana beriftar di masjid mahupun dirumah di awal Ramadhan sesuatu yg sungguh bahagia dan penuh tenang hati ini , Chef Obie tetap penuhi jemputan buffet Ramadhan yg hadir Alhamdulillah..Jarang berlaku lupa ambil pic , kali ni chef rekod mana yg sempat sewaktu berbuka di Melia Hotel - The Kitchen, jadi gambar makanan kurang semua dlm bentuk video selain chef enjoy makan kali ini,mungkin penyebab terlupa aktiviti ambil gambar makanan...Al maklum semalam kan chef terlepas sahur..Apa jua chef akan sharing aktiviti berbuka puasa ini dlm youtube sebagai memory ramadhan tahun ini. Minggu-minggu beriftar diluar sudah bermula utk Chef Obie , tapi tetap utamakan niat di bulan penuh keberkatan ini. InshaAllah semoga kite semua diberi peluang menjalani ibadah-ibadah yg lain juga dgn sebaik atau semampunya InshaAllah. Kepada

CARA BUAT KULIT KARIPAP RANGUP Rapuh lembut tak liat bila sejuk - Chef Obie Lebih 77 000 Tontonan

Image
  CARA BUAT KULIT KARIPAP RANGUP Rapuh lembut tak liat bila sejuk - Chef Obie Lebih 77 000 Tontonan Bahan Doh Rangup 500 gm Tepung Gandum 2 sdb Minyak Masak 1 sdb Marjerin 1/2-3/4 cawan Air Sejuk @ Ais 1/2 sdt Garam Cara Penyediaan Penuh Mixed semua bahan diatas , uli sehingga menjadi doh. Kemudian rehatkan doh sebentar sebelum anda canai nipis-nipis ( pastikan canai tu nipis supaya doh akan rangup dan berjerawat apabila digoreng ), cutter dan kelim menjadi karipap. Pastikan waktu menggorang menggunakan minyak yang banyak dan juga pastikan karipap sewaktu menggoreng tenggelam , karipap akan terapung apabila ia telah masak rangup. Api jangan terlalu besar , sederhana panas sahaja. atau anda boleh klik link diberi kerana ada perkongsian penuh Dalam video You Tube : OB tv https://youtu.be/vZAn7swGpJk Kongsikan kepada saudara-saudara kita yg mencari cari resepi doh karipap yg marbeles ini ! Ada kawan2 kita diluar sana yg menggunakan resepi Chef Obie ini untuk bizz kuih frozen dan telah me