Posts

Showing posts from October, 2026

Donut

Image
  CHEF OBIE DIBAYAR RM600 UNTUK SEBIJI DONUT SAJI By Zana - 2019 Kelas memasak secara fizikal sememangnya begitu mendapat perhatian. Ramai tukang masak dan juga cef berkemahiran mengadakan kelas memasak terutama untuk kek dan juga kuih-muih. Ketika itu mereka belum terdedah dengan kelas masakan dalam talian membabitkan pelbagai jenis masakan. Kini dengan kehadiran media sosial dan semua maklumat boleh diakses menerusi hujung jari, masyarakat mulai nampak akan keperluan menghadiri kelas memasak secara dalam talian bagi menjimatkan kos. Namun bagi Muhamad Gunawan Bin Hj Jamil , 38 ataupun dikenali sebagai Cef Obie lebih berminat dengan kelas memasak secara persendirian daripada menawarkan kelas memasak jarak jauh (PJJ) seperti yang ramai lakukan sekarang. Menurut Cef Obie, kelas memasak secara persendirian ini bermula pada tahun 2011 bermula secara tidak sengaja. Bermula dengan permintaan isteri kepada Menteri Kesihatan Maldives ketika itu yang memiliki sebuah chalet yang sering meng...