Nasi Arab Viral 2025: NASI MAQLUBAH SYRIA
Nasi Arab Viral 2025: NASI MAQLUBAH SYRIA
Assalamualaikum wbt,
Dengan penuh rasa teruja, Chef Obie & Team ingin berkongsi satu lagi ilmu masakan yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia – Nasi Maqlubah Syria.
Sejak beberapa tahun sebelum era pandemik, rakyat Malaysia mula menunjukkan minat terhadap pelbagai hidangan antarabangsa seperti masakan dari Indonesia, Thailand, Korea, Jepun, negara-negara Timur Tengah, serta makanan Barat. Satu perkembangan yang sangat positif kerana ia mencerminkan keterbukaan selera masyarakat kita terhadap rasa-rasa global.
Bagi peminat makanan berasaskan nasi, tidak dapat dinafikan bahawa hidangan dari Timur Tengah seperti Nasi Mandy dan Nasi Khabsa sudah menjadi kegemaran ramai. Menariknya, pada tahun 2025 ini, satu lagi variasi nasi Arab mula mencuri perhatian – Nasi Maqlubah Syria.
Apa Itu Nasi Maqlubah?
Nasi Maqlubah merupakan hidangan tradisional yang berasal dari wilayah Palestin dan Syria. Ia adalah nasi yang dimasak bersama pilihan daging seperti ayam atau kambing, sayur-sayuran, dan rempah-ratus yang harum. Keistimewaannya terletak pada cara hidangannya – nasi akan diterbalikkan ke atas pinggan besar, menjadikan persembahannya sangat unik. Orang Melayu kita biasa memanggilnya "Nasi Terlangkup"!
Kenapa Nasi Maqlubah Jadi Pilihan?
Kehadiran Nasi Maqlubah di Malaysia semakin dirasai apabila ramai pengusaha makanan, khususnya restoran Arab dan restoran nasi, mula menambahkannya ke dalam menu mereka. Ini bukan sahaja kerana rasa dan persembahannya yang menarik, tetapi juga kerana potensi komersialnya yang tinggi dalam pasaran tempatan.
Sertai Kelas Masakan Nasi Maqlubah Syria
Melihat kepada permintaan yang kian meningkat, Chef Obie sebagai Chef Profesional dan F&B Consultant kini menawarkan Kelas Masakan Nasi Maqlubah Syria – khas untuk anda yang ingin mempelajari hidangan ini sama ada sebagai peniaga, pemilik restoran, ataupun penggemar masakan Timur Tengah.
Sejak 2012, Chef Obie telah berkongsi pelbagai ilmu masakan tempatan dan antarabangsa dalam kelas-kelas baking dan komersial bersama peserta dari pelbagai latar belakang dan negara.
Kali ini, Chef Obie akan bergandingan bersama seorang chef istimewa dari Syria – Chef Basha, yang akan berkongsi rahsia dan teknik sebenar penyediaan Nasi Maqlubah Syria. Jangan terkejut kalau tiba-tiba boleh cakap Arab sikit-sikit nanti! Suasana pembelajaran pun santai dan menyeronokkan – campuran Bahasa Arab, Inggeris dan Melayu akan membuatkan kelas ini lebih hidup dan mudah difahami.
Jangan lepaskan peluang ini untuk menambah ilmu dan tingkatkan nilai menu anda!
Untuk info lanjut dan pendaftaran, hubungi Team Chef Obie hari ini.
🍽️ KELAS MASAK NASI MAQLUBAH SYRIA
Assalamualaikum & hai semua,
Kalau anda ada restoran Arab atau tengah jalankan bisnes makanan, ini peluang untuk tambah menu baru yang unik dan sedap — terus dari Syria!
Chef Obie bawakan khas Chef Basha, seorang chef dari Syria yang mahir dalam masakan asli Syria. Kami nak kongsikan dengan anda resipi NASI MAQLUBAH SYRIA ORIGINAL — atau orang kita panggil “Nasi Terlangkup”!
Apa yang anda akan belajar?
Apa anda akan dapat?
📅 Promosi khas: 30 Ogos – 17 September 2025
Tempat terhad! Siapa cepat, dia dapat!
Yuran Promosi : RM5500 Seorang
Yuran Asal : RM7500 Seorang

Tiada caj pengangkutan dan penginapan dikenakan untuk Semenanjung Malaysia ,
Caj hanya dikenakan untuk peserta luar dari Semenanjung Malaysia.
📲 Nak daftar atau tanya lebih lanjut?
Chef Obie & Chef Basha Terus Mengajar Di Lokasi Anda !
Chef Obie & Chef Basha ( Syria )



Comments
Post a Comment