CARA BERSIHKAN MINYAK MASAK DAN ELAK MINYAK MASAK MENJADI HITAM KOTOR - Chef Obie

 CARA BERSIHKAN MINYAK MASAK DAN ELAK MINYAK MASAK

MENJADI HITAM KOTOR - Chef Obie


1. Guna penapis ayak steel ( ayak tepung ) lapik dengan kitchen towel ( tissue ) 3 helai kemudian tuang minyak yg telah dihangatkan ke dlm penapis ayak. Hasilnya minyak bersih lebih cerah dan tiada bendasing.
2. Ambil beberapa keping asam keping ( Asam gelugor ) masukkan ke dalam kuali bersama bahan gorengan . Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali.
3. Buat bancuhan air dan tepung jangung , anggaran tepung Jagung 1/2 Cawan Dan air 1 Cawan . Cara panaskan minyak Kotor terlebih dahulu , kemudian masukkan bancuhan tepung Jagung ini biar ia menggoreng Dan bancuhan akan serap kekotoran yg ada.
4.Jangan terlalu besar penggunaan API dan pada masa yg lama ,ia merosakkan struktur minyak Masak , apa lagi minyak masak yg anda gunakan adalah minyak recycle dan sebilangan minyak masak dalam paket .
5.Masukkan potongan hirisan buah lemon ke dalam minyak yg hitam Kotor pastikan minyak panas , goreng hirisan lemon hingga resap kekotoran.
6.Cuba elak menggunakan minyak masak ulangan yg terlalu kerap , elak mencampurkan minyak masak yg telah digunakan pada minggu-minggu yang lalu dgn minyak Masak yg baru anda gunakan.
7.Gunakan minyak masak yg berkualiti dan terbukti kredebiliti minyak apabila telah digunakan . Contoh minyak masak jenama Saji , Kerana minyak yg lambat rosak Dan menghasilkan gorengan yg cantik dan Tahan.
Selamat Mencuba !

Khidmat Chef Obie Untuk Pelbagai Program Usahasama Badan Kerajaan Mahupun Swasta / NGO / Perseorangan 2023/2034






Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera 
 Pihak Chef Obie aktif menerima jemputan untuk sebarang program mahupun kursus yang berkaitan dengan :
 
1.Pelbagai Jenis Masakan Perniagaan 
2.Baking Kek Juga Pastri  
3.Pembuatan Roti & Ban
4. Pembuatan Coklat & Dekorasi Coklat 
5. Pelbagai Jenis Masakan Jalanan & Pasar Malam
6.Pembuatan  Kuih Melayu , India , Cina & Nyonya
7.Masakan Komersial
8.Demonstrasi Memasak & Baking
9.Juri Pertandingan Memasak & Baking
10.Pelbagai Program Yang Berkaitan Dengan F&B

Pihak Chef Obie berpengalaman menjalankan pelbagai program  berkumpulan dan perseorangan. Pelbagai latarbelakang peserta , pelbagai jenis program dan matlamat yang berbeza-beza .


Sila hubungi pihak Chef Obie | MGJ CONSULTANCY
email : mgjconsultancyfile@gmail.com









Comments

Popular posts from this blog

KELAS CHAR KUEY TEOW ( CKT ) BASAH DAN KERING POPULAR 2024 CHEF OBIE

ANDA INGIN BERNIAGA DIBAZAAR RAMADHAN TAHUN 2024 ?